Search This Blog

Thursday, October 6, 2011

Negara Pertanian-> Negara Membangun-> Negara Maju

Melihat keadaan sekarang menerusi berita dan sedikit pembacaan, tetibe aku terfikirkan apa yang kerajaan cuba buat untuk rakyatnya...Tengok tajuk pun dah tau. PM bagitau yang kita ni menuju kearah negara maju. Macam-macam yang dilakukan la. Paling mencuri tumpuan pasal gaji minimum... emmm let them settle first, we just follow the rules..

Berbalik kepada negara maju... Aku terfikir kenapa la takde keretapi TGV macam kat France tu kat Malaysia ni.. Bullet train macam kat Jepun tu.. Kenapa la kita asik combine/ jointventure bile nak buat kereta, kenapala kecanggihan teknologi mesti ada di luar negara dulu then baru la Malaysia dapat.

Bila diimbas balik, kapal terbang yang ideanya datang dari adik beradik Wright tu, bukan la macam Airbus yang ade sekarang ni kan. Kelajuan kereta dulu tak la sepantas Bugatti Veron kan.. 

Macam tu la nak analoginya. perlu la ada idea awal. Barula ada penambahbaikan seiring dengan teknologi semasa. Bayangkan aku ni guna hp 3310 pada sambutan Merdeka tahun 1957 tu. konfom aku ada atas pentas. Entah apa anugerah yang aku dapat. Pereka 3310 lagi macam-macam dapatnya..

Jika 'godek' Internet/akhbar, mesti ada inovasi yang hendak dilakukan. Persoalannya sekarang, adakah mentaliti rakyat sudah bersedia untuk masuk kealam negara maju?

Fikirkan benda yang remeh je la... Andaikan kita tengah berjalan disatu kakilima, tetibe kita ternampak secebis kertas@sampah. Mampukah kita untuk ambil cebisan tu masukkan ke dalam tong sampah? aku pun tanya diri aku gak. Mampukah aku tidak buang sampah merata-rata?

Sesama la kite pikirkan ye...

p/s: Bersyukur dengan keamanan yang ada sekarang ni. Nak kuar rumah tak perlu risau. Semoga kemajuan yang dibawa nanti berintikan keamanan dan keharmonian rakyatnya..

No comments:

Post a Comment