Search This Blog

Friday, October 14, 2011

urgent vs sunday drive

Pepagi bute aku dah nak marah. Tak elok sebenarnya memarah pepagi. tertutup lak pintu rezeki.

Nak dijadikan cerita, aku ni nak cepat ke satu tempat. Kalau lambat kan, Makin jem jalan, pastu parking lak tak dapat. tapi ade satu kete ni dengan selamba memandu dengan sunday drivenye.. Belum pun hari ahad lagi. nak bersiar-siar sila ikut lorong yang disediakan. Tak pun kalau nak lagi slow, sila jalan kaki. no one angry with you.

Aku ni tak nak la memain lampu cam polis, cam ambulan tu. So terpaksa la aku potong kiri.

Aku banyak perhatikan kalau jalan tu ade 2 lorong, lorong kiri adalah lorong perlahan. Then kalu ade 3 lorong, lorong tengah adalah lorong perlahan. memang begitu ke???

Secara tidak sengaja aku pernah dipotong kiri dan kanan dek kerana mereka sedang berlumba. aku memandu di lorong paling kiri di lebuhraya 3 lorong . Lorong kecemasan jadi lorong memotong.
Ketika berlumba, semua lorong adalah lorong laju...

p/s: Memandu laju biar mengikut peraturan dan berhemah. Jangan menyusahkan pemandu lain.
Andaikan korang tengah memandu dengan kelajuan 110 km/j, tetibe timing belt putus @ tayar pecah @ berlaku sesuatu diluar kawalan kita.
Aku pernah kena camtu... So berhati-hati la.. beringat sebelum kena.. perlahankan kenderaan sebelum anda di saman.

No comments:

Post a Comment