Search This Blog

Wednesday, November 2, 2011

kpi vs customer satisfaction

kalu ditengok pada tajuk, merujuk kepada mereka yang bekerja memberi perkhidmatan kepada pelanggan. Situasi ayang man berlaku kepada diri aku sekarang ini, tersepit diantara dua elemen yang dapat membantu memajukan syarikat (bukan bapak aku punya).

Majoriti boleh dikatakan terlalu taksub dengan KPI yang disediakannya sendiri, takut-takut kalau:

- takde bonus untuk tahun bekerja
- dapat ranking teruk kalau tak capai
- malu di tahap bawah.

Adakah mitos ini dapat menjadi pemangkin sesebuah negara itu maju?

Aku selalu berdepan dengan para pelanggan yang sememangnya 'membayar' gaji untuk keseluruhan pekerja syarikat. Biasanya aku meletakkan diri aku sebagai pelanggan itu sendiri bagi merasai tahap perkhidmatan yang diterimanya. Menjadi persoalannnya, adakah KPI boleh dicapai tetapi hakikatnya pelanggan sedikit pun tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan?

p/s: kalau kita nak jadi negara maju, 'entiti' @ pemain industri perlulah berfikir secara negara maju. perkhidmatan yang diberikan perlulah seperti negara maju.

Seperti pepatah "melepaskan batuk ditangga". Lu ada AKAL, Lu pikirla sendiri...

No comments:

Post a Comment