Search This Blog

Wednesday, August 24, 2011

hari raya

Selamat Hari Raya diucapkan kepada umat Islam yang berada di Malaysia terutamanya. Berhati-hati ketika memandu, beringat-ingat ketika makan di musim perayaan ni. Jangan ade yang masok spital dihari raya kedua.. Kepada yang membaca, sila pastikan kediaman berada dalam keadaan selamat sebelum ditinggalkan. kepada rakan-rakan, Sila lah datang kerumah aku untuk beraya.. Tiada rumah terbuka, tetapi rumah sentiasa terbuka untuk tetamu yang membawa seribu satu rahmat kepada kami sekeluarga.

Selamat Hari Raya. Selamat Menyambut Kemerdekaan

kesihatan

from today's onward... mood aku adalah untuk menjaga kesihatan...

Terima kasih

Thursday, August 4, 2011

ramadhan

salam ramadhan kepada semua,

Hari ni hari ke4 berpuasa. alhamdulillah semua berjalan lancar. bulan ni merupakan bulan yang penuh keberkatan. Begitu juga lam hidup aku dianugerahkan rezeki yang tak dijangka. Alhamdulillah.

Memamng betol la, rezeki itu kebanyakannya datang dari perniagaan. so, aku dengan beraninya memulakan sedikit perniagaan. Alhamdulillah mendapat sambutan. Ini setelah sekian lama aku berhenti daripada dunia perniagaan.

Teringat masa sekolah rendah, mak ajar aku niaga mase bulan pose nih.. aku niaga air soya. dapat bli baju raye sendiri tu.. sronok tol.. time tak sronok mase hari ujan.. totally tak laku air aku.. mak kate, org niaga memang camtu.. tak la selalu untung je...

Mase mak jual kuih, aku pun tolong gak... tolong anto kat kedai.. hari2 kul6 pagi aku mesti dah kuar umah anto kuih. terus la pegi sekolah... Penah mase kat sekolah aku bawak bekal kuih yang mak aku jual. Classmate aku tempah sampai 60 biji karipap & donat.. mak marah sebab tu sekolah.. lagipun berat nak bawak nanti.. nak bawak buku lagi.. mase aku dapat tempahan tu, mate dah bling....bling... je...

aku tekad nak berniaga tetapi bermula dengan kecil2an... sebab komitmen aku blum sepenuhnya untuk berniaga. kalau terus bermodal besar, risiko pun besar gak..

P/s: kegagalan hari ini adalah pelajaran untuk kejayaan besar pada masa akan datang.