Search This Blog

Monday, March 5, 2012

PA vs CA

Preventive Action vs Corrective action. Mana lebrih penting?

Mungkin perlu mengikut kesesuaian keadaan yang juga melibatkan kos, masa dan lain-lain.

Tapi jika dari segi logik akal orang biasa pun tak dapat terima, inikan pula pihak yang dipertanggungjawabkan, takka dapat berfikir.

Kasihan bila tengok akhbar hari ini yang melaporkan kejadian patuk ular yang berlaku di Kuantan. Bermula dengan pembuangan daging yang rosak hingga terpaksa potong lengan kiri mangsa gara-gara tidak dapat suntikan awal anti-venom. Ini salah satu daripada beribu kes, bukan kes macam ni je..

Logik ke suntikan berkenaan hanya boleh di ambil dari Kuala Lumpur. Masa perjalanan diambil sekitar 2-3 jam untuk sampai. Macam-macam boleh berlaku..

Akal aku sebagai orang biasa ni pun tak dapat nak terima. Takkan la perlu ada mangsa @ bahan ujian, tindakan baru nak diambil...

Dulu masa disekolah, di ajar tentang KEPERLUAN dan KEHENDAK. Mungkin ada yang terlepas pandang mengenai perkara ini.

Dalam pekerjaan pun ada KEPERLUAN dan KEHENDAK nya.. ATAU SEMUA SAMA SAHAJA...

p/s: fahamkan apa yang dimaksudkan dengan PREVENTIVE ACTION daripada kita sentiasa mengambil langkah CORRECTIVE ACTION.

Sunday, March 4, 2012

customer Satisfaction

Para peniaga selalu dikaitkan dengan kepuasan pelanggan. Tak kira la ape jenis perniagaan yang dilakukan.
Sebagai pekerja disebuah syarikat yang memberikan perkhidmatan kepada pelanggan, kepuasan pelanggan menerusi perkhidmatan yang diberiakn perlu diutamakan. Seharusnya dijadikan penunjuk prestasi utama syarikat.

Tapi macam mana kalau kepuasan pelanggan itu nak dicapai kalau banyak sangat aktivit BERKRONI @ Kronisme dalam sesuatu badan itu. Aku paling benci benda ni.. Bila ada projek, nak bagi kroni... bile boleh buat untung, nak bagi kroni..

Perlu diketepikan sikap begini. Kalu setiap aktiviti kroni tu ada kualiti, ada baiknye.. Ini jauh panggang dari api, cakap tak serupa bikn... mcam-macam la boleh nak diibaratkan.

p/s: Walaupun lama tapi tak semestinya bagus. Walaupun baru tak semestinya tiada pengetahuan.
Hormati yang senior, sayangi yang Junior. baru Harmoni hubungan.

Thursday, March 1, 2012

come back

Setelah sekian lama sepi, aku cuba untuk aktif kembali..

sape ade blaja statistik masa dekat U dolu-dolu...

Probability density function for the normal distribution
Contoh grafnya adalah seperti diatas dimana yang berwarna merah itu adalah Standard Normal Distribution.

Mase dulu belajar, dan sekarang aplikasinya terhadap kerja sangat berkesan sekali in order to put somebody in which "class" / "standard". Teorinya, tak boleh semua orang terlalu baik / lemah. Moderate rating adalah sangat sesuai. Tapi boleh pakai ke teori tu? Boleh ke ilmu yang ada mengatasi pengalaman yang dah tentu tak boleh dapat dalam buku?

Siapa yang faham tu, faham sendiri je lah. Yang tak faham tu, maybe belum kerja/ memang tak tau. Takpe.. Takpayah nak beratkan kepala.

bak kata Bill Gates:


p/s: kepada para pekerja, bekerjalah dengan cemerlang supaya graf itu akan dapat memenuhi sepenuhnya dibahagian kanan. So bonus pun akan meningkat berganda-ganda. Sekadar peringatan.