Search This Blog

Friday, December 23, 2011

Thursday, December 22, 2011

I'm 'stranger'

Begitulah ungkanpan yang boleh dibuat kat diri aku sekarang ni. Sebabnye, aku dah kehilangan dompet kesayangan aku tu.. segala2nya ada dalam tu. terpaksa la aku cuti untuk uruskan semua pendaftaran baru.

terjadinya kehilangan mungkin disebabkan kecuaian aku sendiri ketika 'test' seluar baru dalam fitting room. Konon2 nak belanja la family aku sorang satu set baju seluar. set anak aku sempat la beli sebab di tingkat yang berlainan. Tapi bile aku turn aku, aku tertinggal porch bag yang mengandungi dompet dan Handphone aku dalam fitting room. Bila aku datang semula selang beberapa saat, dah 'ghaib'.

rezeki anak aku je la yang sempat beli. aku pun sangat bersyukur sebab Handphone tak hilang sebab harga HP tu 3 kali ganda daripada jumlah duit yang ade dalam dompet tu.

pengajarannya jangan cuai terutama kepada barang2 peribadi. make sure everything yang 'ditanggalkan' diletakkan didepan mata, so tiada keciciran berlaku.

p/s: Thanks ALLAH. I've got Yous Message in order to improve myself. Alhamdulillah.

Monday, December 19, 2011

Wednesday, December 14, 2011

No Buffering

Aku baru merasai 'nikmat' no buffering ketika menonton online movie & tv. Agak kagum dengan teknologi yang dibawa masuk ke Malaysia ni. Macam ni baru la naik sebagai negara maju.

Unifi, produk baru TM yang berasaskan fibre optik untuk taliannya.


Kalau guna fibre, dah tentu segala maklumat akan "dipindahkan" menggunakan cahaya. Korang sendiri tau kan kelajuan cahaya tu berapa.


Itu belum buat speed test. Kalau korang nak rasa, pegi la kat memane TM Point yang ada mempamerkan produk Unifi ni. sedikit info untuk Unifi:


kredit to:

http://www.tmunifi.biz/
http://www.unifi.my/unifi/index.php?option=com_content&view=article&id=76&Itemid=206

p/s: fast & furious.. huhuhuuu.. manyak syok arrrrr....

Tuesday, December 13, 2011

HM vs Sydney FC

Adalah dimaklumkan bahawa kunjungan Harimau Muda untuk tujuan latihan bermula dengan langkah kanan. Biarpun hanya perlawanan persahabatan, tapi sekurang-kurangnya moral setiap pemain dapat ditingkatkan dengan kemenangan 3-0 kepada pihak lawan.

Tahniah diucapkan kepada skuad yang bakal menaikkan mutu bolasepak Malaysia di Mata Dunia.

p/s: macam tak percaya pula.. walaupun begitu diharap keprofesinalan pemain dapat dikekal dan ditingkatkan dalam menempuh dugaan yang mendatang. "Kaka" dah ada... Agak2 ape next project Kim Swee.
Kehebatan sesuatu pasukan bukan bergantung kepada pemain semata-mata, tetapi lihat siapa pengemudinya..

Monday, December 12, 2011


Aku tak tengok match ni. Emm tapi kalau tengok video ni, korang pun tau aku DIE HARD FAN yang mane satu kan. Kalau tak, takkan aku letak...

p/s: Overall corak permainan Barca @ real memang best. Skuad Malaysia buleh la mengadaptasi untuk menambahbanik mutu permainan daripada baik kepada lebih baik.. Go..go...Malaysia!!!!

Saturday, December 10, 2011

"bangkang"

Hari punya lunch agak istimewa.. Home  made yang membuatkan ia sangat istimewa. dah lame nak makan sangatkan, so lepaskan la hajat tu. mencari-cari kat pasar malam tadi.. so hasilnya....


lepasni boleh la try resepi lain pulak.. Versi black pepper pun sodap jugak...

sebahagian daripada lunch...

Dahla... asik letak gmbo makanan jerk.. Cukup la kot. tapi ape pulak related ngan gmbo tu kan?. Gambar akhir akan menerangkan......


Baru-baru ni aku ade pergi ke satu kawasan di kota tinggi. Teluk Sengat nama diberi. Jambatan berkenaan (Jambatan lebuhraya E22 Senai-Desatu) dapat dilihat dari kawasan ini. dan disinilah aku "berkenalan" dengan ketam Bangkang. Atau lebih dikenali Ketam Nipah. huhuhu Giler besar letak dalam pinggan. Bangkang Black Pepper Teluk Sengat memang menyengat..

p/s: Jom cuti-cuti Malaysia....

Wednesday, December 7, 2011

The Midfielder.....

ATM telah mnawarkan offer paling lumayan iaitu dgn tawaran RM 20,000 sebulan kpd Nazmi Faiz. Selangor mnwarkan hnya RM 11,000. Namun Nazmi tlh pn menolak offer lumayan dari Selangor, Kedah, ATM & Johor FA. Katanya ". Saya hanya akan berhijrah jika mendapat tawaran bermain dari luar negara. Jika tidak, saya akan kekal bersama Harimau Muda". - Nazmi Faiz
Kredit: Support Malaysia League, https://www.facebook.com/mnfteam



p/s: mukenya dah lebih kurang, game pun dah nak same.. Keep It Up Young Man!!!!!


blogger....blogger...blogger

Hidup sebagai full time blogger @ part time blogger.. Pilihlah mana yang korang suke...

Buat masa ni kenalah part time dulu.. Teringat member aku citer pasal blognya... setiap aktiviti yang dilakukan diupdate dalam blog.. tapi pada masa tu aku ni bukan tau ape. Malah tak nak amek tau pun.

  

Ibaratnya seperti tulis dalam diari la.. dulu dapat diari bukan maen banyak tapi tak tau gunanya. Banyak sangat sifat kemalasan tu. Setelah berlakunya suatu transformasi, disokong oleh motivasi sekeliling baru aku paham/sedar. huhuhuu.. ape aku melalut ntah...

p/s: thanks to all blogger; inspiration of my own.

Wednesday, November 30, 2011

New model

Salah satu pengeluar terkemuka kereta dari Negeri Matahari terbit telah mengeluarkan model terbarunya.



GT 86 nama diberi.



p/s: lampu depannye macam........

emm.. sesape yang belum berkeluarga, boleh la 'angkat'..

Tuesday, November 29, 2011

Mentality

Perubahan ketara pembangunan sukan terutamanya dalam sukan bola sepak boleh di lihat dari sudut penyokongnya. Kat Malaysia jika diperhatikan, penonton sudah beralih seperti seorang yang profesional menerima kemenangan dan kekalahan pasukan sokongan mereka..

Agaknya beginilah mentaliti penyokong selain daripada pemain yang bertaraf dunia. Impaknya sangatlah besar. minda yang positif akan menghasilkan keputusan yang positif tanpa kita sedari.

Aku mengikuti perkembangan pasukan kebangsaan dikala ternampaknya kemajuan didalamnya. Dulu mungkin aku tak berapa endah sangat, tetapi disebabkan impak ini, mungkin nama setiap pemain akan meniti dibibir peminat bolasepak tempatan. Kredit untuk mereka-mereka yang terlibat dalam pembangunan sukan negara amnya dan khususnya dalam sukan bolasepak.

p/s: teamwork tu sangat penting terutama dalam sukan yang melibatkan penglibatan semua ahli di dalamnya. Tapi bukan sukan je, keje pun macam tu gak. Agak-agak boleh ke aku jadi Coach suatu hari nanti?

Thursday, November 24, 2011

Dugaan

Sekarang berada dalam musim tengkujuh.. Berita telah melaporkan mengenai kejadian banjir yang lazimnya berlaku pada musim2 begini.

Di tambah-tambah dengan cuti sekolah, dah tentu bebudak ni suke sgt maen air bah ni.. diorang ni bukan pikir baek buruknye.. Dah dilaporkan pun adanya kematian daripada banjir..

Kepada para ibubapa sentiasalah awasi anak-anak buakn sahaja ancaman kepada kegiatan tidak bermoral, tetapi dengan bahaya bencana alam yang melanda negara sekarang ni.


p/s: banjir besar yang lepas, aku masih belajar. sronok gak bawak moto lam banjir. tapi bile tengok air kemain laju, adalah lebih baik aku dok umah je la...

Wednesday, November 23, 2011

GOLD for HM

Tahniah diucapkan kepada skuad Harimau Malaya. Walaupun delay 2 hari aku postkan, tapi tetap merasakan dan bangga kepada skuad berkenaan.

Taraf bolasepak negara semakin menaik selepas menjuarai piala Suzuki, diikuti 'adiknya' memenangi emas Sukan Sea. Malam ni untuk kelayakan Olimpik pulak.

Aku ni macam biasa la sebagai penyokong tegar Harimau Malaya. Mesti tengok diorang main walaupun bukan di stadium.

p/s: pembangunan sukan bolasepak negara telah menampakkan sedikit hasil. Tahniah kepada yang berkenaan & Keep it up.

Thursday, November 10, 2011

Sea Games

Tahniah kepada skuad Harimau Muda yang telah berjaya membuktikan kemampuan mereka dalam game bolasepak semalam.

Jika diperhatikan corak permainan menarik dan masih boleh diperbaiki bagi memperingkatkan lagi kualiti permainan mereka.

Pertahanan yang boleh dibanggakan dalam menyekat asakan lawan mampu memberi rangsangan dibarisan hadapan untuk mencipta gol. ada beberapa pemain pertahanan negara yang boleh digilapkan lagi kilauannya.

Gugup, mungkin itu yang boleh diberikan pada awal permainan. Tetapi apabila melihat para pemain sedang rancak dlaam 'tempo' mereka, berasa seronok dan bangga. Mungkin ini atau mungkin lebih lagi mereka boleh tonjol kan.

p/s: yang lepas tengok skuad harimau malaya menang juara AFF Suzuki, adakah harimau muda sudah tumbuh taringnya? Actually we proud of you Young Tiger.

Thursday, November 3, 2011

Salam AidilAdha

3 hari lagi nak menyambut Aidiladha. Raya tahun ni mungkn yamendapat hin akan balik ke kampung halaman org rumah sebab. Di samping menyambut raya qurban, ada sanak saudara yang masih belum bermesra dengan hero aku ni..

bila tengok dekat tv, mereka-mereka yang terpilih jadi tetamu Allah, alangkah bahagianya rasa. adakah aku berpeluang @ berkesempatan untuk menjadi tetamu istimewa Allah satu hari nanti?

kepada para jemaah yang pergi kesana, didoakan supaya mendapat haji yang mabrur, selamat pergi dan kembali kepangkuan keluarga tercinta.

Diucapkan juga selamat menyambut Aidiladha kepada pembaca sekalian. Disamping melakukan ibadah Qurban, sentiasa bermuhasabah diri untuk menjadi insan yang terbaik seperti yang dikehendaki agama.

p/s: Tahun ni tak dapat join memana Qurban kerana keadaan tidak mengizinkan. Insyaallah tahun hadapan dan seterusnya akanku kuakan diri untuk melakukannya.

Wednesday, November 2, 2011

kpi vs customer satisfaction

kalu ditengok pada tajuk, merujuk kepada mereka yang bekerja memberi perkhidmatan kepada pelanggan. Situasi ayang man berlaku kepada diri aku sekarang ini, tersepit diantara dua elemen yang dapat membantu memajukan syarikat (bukan bapak aku punya).

Majoriti boleh dikatakan terlalu taksub dengan KPI yang disediakannya sendiri, takut-takut kalau:

- takde bonus untuk tahun bekerja
- dapat ranking teruk kalau tak capai
- malu di tahap bawah.

Adakah mitos ini dapat menjadi pemangkin sesebuah negara itu maju?

Aku selalu berdepan dengan para pelanggan yang sememangnya 'membayar' gaji untuk keseluruhan pekerja syarikat. Biasanya aku meletakkan diri aku sebagai pelanggan itu sendiri bagi merasai tahap perkhidmatan yang diterimanya. Menjadi persoalannnya, adakah KPI boleh dicapai tetapi hakikatnya pelanggan sedikit pun tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan?

p/s: kalau kita nak jadi negara maju, 'entiti' @ pemain industri perlulah berfikir secara negara maju. perkhidmatan yang diberikan perlulah seperti negara maju.

Seperti pepatah "melepaskan batuk ditangga". Lu ada AKAL, Lu pikirla sendiri...

Tuesday, October 25, 2011

HurMMmm

Lama dah berehat daripada menge post kat blog.. Actually bukannya rehat tapi rutin harian yang tak membenarkan berbuat demikian.

Kali ni nak cakap pasal respect.. Senang cerita, kalau nak di respect, perlulah merespect orang dulu.

Ditujukan pada individu yang berkenaan, pada yang masih muda macam aku, pada mereka yang senior jugak..

Orang muda disarankan supaya menghormati orang yang lebih tua dan orang tua menyayangi yang lebih muda. Tetapi kadanag-kadang kesempatan diambil oleh individu tidak bertanggung jawab bagi memastikan kepuasan hatinya tercapai.

Bagaimana jika majikan kurang rasa hormat kepada pekerjanya.. Aku tak pasti dan aku tak tahu apa jawannya. Mungkin pengalaman yang bakal aku dapat dapat mengajar aku untuk menjadi pemimpin yang lebih baik nanti..

p/s: Terima kasih...........
pada siapa?

Tuesday, October 18, 2011

product of malaysia

Hari ni aku terpanggil lagi nal mencoretkan sesuatu ketidakpuashatian aku terhadap penyedia perkhidmatan yang mehubungkan aku dengan produk Malaysia.

Macam2 produk dari Malaysia sekarang dari makanan hinggalah kenderaan. OK now i wanna talk about vehicle.

Ade la someone nak beli kereta baru buatan Negara tercinta ni. Aku ni kira macam penasihat la sebab yang nak beli pun orang yang rapat dengan aku. Pada awal pemilihan/ penerangan mengenai kenderaan memang smooth. tak de masalah pun. Maklum la, kereta baru kan.

2 minggu menunggu pinjaman kenderaan dan akhirnya tibalah minggu yang di tunggu.

Semalam 17/10/2011- Salesman ada informkan yang kereta semua dah siap cuma tinggal nak sain loan je.
Hari ni 18/10/20111- percakapan dah bertukar. warna yang dikehendaki takde. dengan alasan kereta kena pecah... Kalau nak ambil minggu ni gak, ambil color lain.

Ingat aku ni tak tahu ape2 ke.. Nak tipu macam ayam2 je aku ni. nak tipu biarlah pro ckit..

Aku tau, ko tu takde sales kan. nak abiskan stok yang ada, sanggup offer color lain. nampak macam remeh je kan. tapi tu la attitude yang ditunjukkan salah seorang salesman produk kenderaan Negara kesayangnku ini. sangat memalukan.

Entah ape lagi la pengguna kena kelepet dengan individu murahan ni.

p/s: kerajaan beria-ia suruh rakyatnya menggunakan barangan tempatan. tapi individu seperti ini lah yang merosakkan semagat rakyat itu sendiri. Hanya untuk kepentingan sendiri.

SEKARANG MANA LAGI PENTING??? KPI ATAUPUN KEPUASAN PELANGGAN YANG AKAN MENGUGAT KPI ITU SENDIRI AKHIRYA.


PADAN LAH MUKA..

Daily activity

Setiap hari balik ke rumah pasti aku tak sabar2 untuk 'menerkam' anak kecilku. Walaupun aku penat kerja tapi itu menjadi penawar melepaskan penat.

Jika dibandingkan masa bujang2 dulu, aku pun bukan la selalu lepak tak tentu hala sampai larut malam. Hanya sekadar melepaskan boring. Kalau tak de kerja pun, duduk je la kat bilik sewa tu samapi tertido smbil online.

Bila dah kawen, komitmen sedikit meningkat. Orang rumahku juga bekerja bagi menyokong kewangan kami.
Bila dah dapat anak, komitmen lagi bertambah. Tapi betullah setiap anak yang lahir tu ada rezkinya. Memang tak disangka2 pun rezki itu datang. Alhamdulillah.

Bangun pagi > Urus diri> Solat> pergi kerja> balik kerja> Urusan rumah> main dgn Anak> Anak tido> sambung kerja (kalau ada)> main dengan anak lagi> sama2 tertido> Bangun pagi.

Begitulah cycle hidup aku seharian diwaktu hari2 bekerja. Kalau hari cuti tu bertambah la sedikit aktiviti aku.

p/s: Bila bemain dengan anak, terfikir agaknya dulu-dulu bapak aku pun macam ni la rasanya.
I'll try to be and wanna be the father in the world for my childs.

Friday, October 14, 2011

urgent vs sunday drive

Pepagi bute aku dah nak marah. Tak elok sebenarnya memarah pepagi. tertutup lak pintu rezeki.

Nak dijadikan cerita, aku ni nak cepat ke satu tempat. Kalau lambat kan, Makin jem jalan, pastu parking lak tak dapat. tapi ade satu kete ni dengan selamba memandu dengan sunday drivenye.. Belum pun hari ahad lagi. nak bersiar-siar sila ikut lorong yang disediakan. Tak pun kalau nak lagi slow, sila jalan kaki. no one angry with you.

Aku ni tak nak la memain lampu cam polis, cam ambulan tu. So terpaksa la aku potong kiri.

Aku banyak perhatikan kalau jalan tu ade 2 lorong, lorong kiri adalah lorong perlahan. Then kalu ade 3 lorong, lorong tengah adalah lorong perlahan. memang begitu ke???

Secara tidak sengaja aku pernah dipotong kiri dan kanan dek kerana mereka sedang berlumba. aku memandu di lorong paling kiri di lebuhraya 3 lorong . Lorong kecemasan jadi lorong memotong.
Ketika berlumba, semua lorong adalah lorong laju...

p/s: Memandu laju biar mengikut peraturan dan berhemah. Jangan menyusahkan pemandu lain.
Andaikan korang tengah memandu dengan kelajuan 110 km/j, tetibe timing belt putus @ tayar pecah @ berlaku sesuatu diluar kawalan kita.
Aku pernah kena camtu... So berhati-hati la.. beringat sebelum kena.. perlahankan kenderaan sebelum anda di saman.

Wednesday, October 12, 2011

Under Estimated

Under Estimated.. apa yang boleh difikirkan mengenainya?
Disentuh aplikasinya dalam kerja dan keehidupan seharian, adalah tidak relevan jika kita melakukan perkara berkenaan terhadap persekitaran sama ada manusia, binatang mahupun alam.

Aku pernah kene di Under Estimatedkan oleh pihak tertentu kerana mungkin aku:

i) Tak cukup ilmu
ii) Tiada pengalaman yang berkenaan.

Tapi jangan la sampai letak pemandangan tu terlalu rendah. Aku lagi suka orang under estimated kerana tidak langsung memberi tekanan pada aku walaupun aku lebih tahu daripada apa yang mereka-mereka tu tahu.

Marah, maki tu pernah aku kene. tapi aku takkan benarkan orang buat kat aku lebih dari dua kali.

bermula dengan 'zero' hingga aku tahu mengenai sesuatu. tetapi tetap under estimated aku. aku akan kumpul kan segala maklumat dan bersedialah mereka-mereka menerima jawapan atas alasan under estimated tu.

Apa komen saudara?

p/s:
i) Buanglah keegoan tu jauh2. tak bawak kemana-mana pun. Hidup atas dunia ni pun menumpang, meminjam shj.
ii) Aku paling tak suka orang berkroni.

Monday, October 10, 2011

dare to Fail

Adakah aku sengaja menunggu masa itu berubah? Atau aku dah selesa dengan keadaan sekarang?

Tak tau ape nak tulis sebenarnya. ape yang ditaip, itulah yang terkeluar dari benak ini.

Terlihat seorang anak muda yang sedang berniaga barangan runcit. Tak kelihatan sesape yang boleh dikenali sebagai tokey kedai, hanay anak muda ini je yang ada. Mungkin dialah Tokey kedai berkenaan.

Bukan nak highlight ape2... Cume suka melihat keadaan dimana ramai orang berpusu mencari barang keperluan masing2 dikedai berkenaan. Pernah seseorang bagitau aku, "Nanti sampai masa, duit tu yang datang sendiri cari kau". amat bertepatan lah kata2 tu.

So, am i dare to fail in order to be like a successful person?????

p/s: Jangan sampai diri jadi hamba duit. Duit bukan segalanya. Duit sebgai keperluan.

Pagi yang gelap

belum pun pukul 10.00 pagi, langit dah gelap semula.. Hujan lebatnya...

Hari ini aku melangkah seperti biasa ke tempat kerja. Cuma yang lain ckit hari ni, aku dapat main ngan anak sebelum gerak tadi. pepagi bute anak aku da bangun. sibuk aku nak mandi, sibuk nak ikut mandi gak.

Selesai solat subuh, macam bese la, ajak aku main. Melayan budak setahun besela, dengan berguling-guling kat katil. yang dah tua bangka pun buleh jadi budak kecik.

p/s: semalam dapat beli barang untuk decorate dapur. maybe next month untuk lightning meja makan pulak.

Friday, October 7, 2011

belanjawan

Hari ni adalah hari belanjawan negara.. Nak jugak dengar ape yang PM nak bentangkan petang ni.

Dalam family pun mesti ade belanjawan gak. tapi tak la sampai kat parlimen. Stakat kat katil sudah la huhuuu...

Belanjawan 2012 Ruffluv melibatkan:

1) Rumah
2) Kereta
3) Ahli Isi rumah...

p/s: Sentiasa cuba mengator belanjawan keluarga dengan betul supaya dapat dicontohi Oleh anak2 nanti..

Thursday, October 6, 2011

Negara Pertanian-> Negara Membangun-> Negara Maju

Melihat keadaan sekarang menerusi berita dan sedikit pembacaan, tetibe aku terfikirkan apa yang kerajaan cuba buat untuk rakyatnya...Tengok tajuk pun dah tau. PM bagitau yang kita ni menuju kearah negara maju. Macam-macam yang dilakukan la. Paling mencuri tumpuan pasal gaji minimum... emmm let them settle first, we just follow the rules..

Berbalik kepada negara maju... Aku terfikir kenapa la takde keretapi TGV macam kat France tu kat Malaysia ni.. Bullet train macam kat Jepun tu.. Kenapa la kita asik combine/ jointventure bile nak buat kereta, kenapala kecanggihan teknologi mesti ada di luar negara dulu then baru la Malaysia dapat.

Bila diimbas balik, kapal terbang yang ideanya datang dari adik beradik Wright tu, bukan la macam Airbus yang ade sekarang ni kan. Kelajuan kereta dulu tak la sepantas Bugatti Veron kan.. 

Macam tu la nak analoginya. perlu la ada idea awal. Barula ada penambahbaikan seiring dengan teknologi semasa. Bayangkan aku ni guna hp 3310 pada sambutan Merdeka tahun 1957 tu. konfom aku ada atas pentas. Entah apa anugerah yang aku dapat. Pereka 3310 lagi macam-macam dapatnya..

Jika 'godek' Internet/akhbar, mesti ada inovasi yang hendak dilakukan. Persoalannya sekarang, adakah mentaliti rakyat sudah bersedia untuk masuk kealam negara maju?

Fikirkan benda yang remeh je la... Andaikan kita tengah berjalan disatu kakilima, tetibe kita ternampak secebis kertas@sampah. Mampukah kita untuk ambil cebisan tu masukkan ke dalam tong sampah? aku pun tanya diri aku gak. Mampukah aku tidak buang sampah merata-rata?

Sesama la kite pikirkan ye...

p/s: Bersyukur dengan keamanan yang ada sekarang ni. Nak kuar rumah tak perlu risau. Semoga kemajuan yang dibawa nanti berintikan keamanan dan keharmonian rakyatnya..

Wednesday, October 5, 2011

great....

Alhamdulillah aku dapat lagi meneruskan hidup untuk menanggung ank bini.. Pepagi dapat motivasi daripada sedikit bacaan. "Janganlah terlalu angkuh hidup di dunia ini, nescaya balasan Allah lebih berat".

Jika difikirkan secara logiknya, memang dapat di terima akal.. Kita ni hidup menumpang je atas bumi bertuah ni. bukan kita punya pun. kita hanyalah "pelakon" yang melakonkan watak masing2 atas muka bumi ni.. sama ada watak jahat @ baik, itu diri sendiri yang pilih.
Andainya ada orang luar yang datang ke rumah, kemudian orang terbabit menggunakan barangan dalam rumah tu sesuka hati, dah tentu kita pun marah kan. itu analoginya.. pikirlah sendiri.

p/s: Tuhan bagi akal yang begitu hebat, so pikirkanlah perkara yang hebat2 tentang ciptaanNya/ kekuasaanNya.
berpesan untuk diri sendir dan pada yang tengah baca sekarang ni.

Tuesday, October 4, 2011

Syukur

Alhamdulillah Syukur kerana anak dah recover.. dah start main hingga lewat malam samapi mak bapaknye tak larat... dan akhirnya beliau tertido sendiri..huhuuu..

Janji aku dengan anak mesti dilaksanakan.. Macam paham je masa aku cakap nak belikan baju baru kalau dah sihat.. senyum je...

p/s: Ya Allah, Bantulah aku mendidik amanahMu ini sebaik-baiknya

Monday, October 3, 2011

kembali...

kembali setelah seminggu sibuk dengan tugasan, training....etc...

Oh tetibe anakku demam.. Demam yang agak pelik... kejap panas, kejap sejok..

Bila panas..melepek je...sian pulak aku tengok..
Bila dah ok ckit, bukan main aktif...

p/s: Ujian sebagai seorang ayah... Tahan telinga bila anak merengek.. agaknya, mase kecik2 dulu macam tu la aku.. Entah2 lagi teruk.. huhuhuu.. Semoga Tuhan beri aku ketabahan, kekuatan pada aku untuk hadapi. Semoga anakku cepat sembuh... AMINNN.... boleh ayah beli baju baru lagi nanti....

Tuesday, September 27, 2011

foot + ball

Entah kenapa pepagi ni aku terpanggil untuk tengok video Penyerang Malaysia, Safee Sali.. pepagi aku dah tengok kat Youtube. agak membanggakan selaku rakyat Malaysia umumnya.

Tahniah diucapkan atas pelbagai tawaran untuk bermain di kelab luar yang di terima Safee. Jika dilihat Safee seperti seorang yang rendah diri..

Itu baru orang kata hebatkan. cayala Bro.. mudah-mudahan ada lagi bakat2 yang ada kat Malaysia ni mengikut jejak Safee.

Bro Safee, you are the Pioneer. Mana tau akan datang memang ada Bro Ramli yang main dekat MU macam dalam iklan TM tue..


p/s: bila tengok rakyat Malaysia dapat menyumbangkan bakti mereka diluar negara disamping mengharumkan nama negara, hati ni rasa sangat terharu. Walaupun bukan diri sendiri tapi sekurang-kurangnya, mereka yang terlibat telah mewakilkan diri mereka untuk rakyat Malaysia seluruhnya.

Monday, September 26, 2011

Isnin

Hari ni hari isnin...
Aku hampir eksiden mase On the way pegi keje tadi..

Alhamdulillah selamat. Kalau tak, menjawab la tengah jalan tadi..

Pagi isnin, mendung, sejuk-sejuk, sedap kalau duduk bawah selimut..

Thursday, September 22, 2011

kelayakan olympic

Malam tadi ada tengok bola.. Dah semestinya penyokong tegar malaysia ni tengok dan memberi sokongan moral dari jauh kepada pemain..

Apa yang diperhatikan, level of confident masih lagi kurang. team baru nak naik bese la.. kire bagus jugak la... Apek boleh dianggap wira jugak la.. bertungkus lumus menjaga gawang.. Kalau apek main pun memain, jawabnye beribu la koyak jaring Malaysia tu..

Pemain tengah ada nampak sedikit kawalan bola, tetapi lebih banyak kehilangan bola sebenarnya.. Striker tidak banyak memainkan peranannya dihadapan.

Disini, kepantasan sangat penting. Jepun dengan corak serangan pastas dapat mengkucar-kacirkan defence kita.

Jika dilihat corak serangan Jepun yang bermula dari defence, memang layak la digelar Juara Asia. Canik je permainannya.. Memang la ada dikalangan mereka bermain dikelab luar sedikit sebanyak membantu mengubah cara bermain..

p/s: rancangan realiti sukan yang melibatkan bola seharusnya menggilap bakat adik-adik yang terlibat mengikut laluan yang dapat membantu menaikkan mutu/taraf bola sepak untuk masa akan datang.

Dulu suka tengok corak serangan Arsenal. Tapi sekarang suka tengok corak serangan Barcelona. Bersilang-silang, dan akhirnya GOALLLL!!!!..

Mungkin para jurulatih boleh menyerap taktikal dari pasukan luar negara sedikit sebanyak dapat menajamkan barisan hadapan negara...

Harimau Malaya takkan guna "taring palsu" lagi.. GO...GO...GO.. Harimau Malaya...

Wednesday, September 21, 2011

Antara tugas dan tanggungjawab

Begitulah tajuk yang ingin dikongsi...

Kalau buat kerja ikut peraturan pun salah, tak ikut lagi la salah...

itulah keserbasalahan yang melanda dalam kerja.. tak kira keje ape2 pon.. semuanya Hanya on paper..
biar cantik kertas kerja.. Ini seperti melambangkan kerja yang bagus..

Kalau penilaian bermula je, mula la sibuk nak prestasi yang bagus.. tapi kalau disuruh taknak buat kerja.. APE KES..

Coretan khas ditujukan kepada para senior2.. Jangan la terlalu mendabik dada dengan pengalaman yang ada.. Bebudak baru yang berpengetahuan tapi kurang pengalaman ni la yang selalu menjadi bahan bulian..
Mungkin niatnya hendak mengajar, tapi mungkin ada mekanisme lain yang lebih baik untuk dilakukan.

Yang memuda pulak, janganla rasa dah cuku dengan teori yang pernah belajar selama ini..

p/s: peringatan untuk diri sendiri jugak.. sentiasa berasa diri kekurangan...
respect adalah paling penting dalam perhubungan sesama manusia...

Monday, September 12, 2011

jamuan

Hari ni Bermulalah sesi jamuan hari raya kat tempat kerja aku... beshhhhh

Thursday, September 8, 2011

Ciptaan Yang Maha Agung

Ciptaannya berguna sepertu processor. tapi lebih advance.. kalau tak caye, bace ni:

7H15 M355463 53RV35 70 PR0V3 H0W 0UR M1ND5 C4N D0 4M4Z1N6 7H1N65! 1MPR3551V3


7H1N65! 1N 7H3 B361NN1NG 17 W45 H4RD BU7 N0W, 0N 7H15 L1N3 Y0UR M1ND 15


R34D1N6 17 4U70M471C411Y W17H 0UT 3V3N 7H1NK1N6 4B0U7 17, B3 PR0UD! 0N1Y 


C34R741N P30PL3 C4N R34D 7H15. R3 P057 1F U C4N

Coretan...

Mmmmm...tak suka dengan orang yang memandang rendah pada orang lain.. Tak semua insan yang dilahirkan mempunyai keupayaan seperti yang dijangkakan. Latihan boleh diberikan, tetapi jka keupayaannya hanya setakat tu, nak buat macam mana lagi..

Analoginya macam kereta la.. Nak dibandingkan kereta kancil dengan 5 Series.. memang la jauh beza. jenisnya mungkinla sama, tetapi keupayaannya tak sama walaupun dah di convertkan beriban-riban sekalipun. tetap tidak sama dengan 5 Series yang hanya factory tuning.

Kalau la kena pada aku, aku ni jenis tak kisah sangat. Tapi dalam masa yang sama aku cari jugak la point-point yang menyebabkan aku diperlakukan sebegitu.

Pernah aku diperlaukukan sebegitu...Hanya 3 bulan aku perlukan untuk 'mengembalikan ' pihak berkenaan kepangkal jalan. Prinsip aku, jangan sampai aku tahu hal sebenar.. nak tipu ke, nak memainkan aku ke, nak ape ke... Go on la... Tapi kena ingat Siapa Pemilik Alam ini, hidup tak semestinya sentiasa dibawah dan kekal di atas...

p/s: hanya coretan semata-mata.. Kalau ada kaitan pun secara tidak sengaja.. Berhati-hati dijalan raya

Wednesday, September 7, 2011

Just for variety

Kita di tipu melalui pemakanan??

Kita di tipu melalui pemakanan??

Bijak sungguh yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW.

Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang yahudi tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum. Teruskan membongkar kebijaksanaan yahudi menipu umat Islam.

Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah:

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil"Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.



1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman.

Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.



2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi dit tangan mereka.



3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.



4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.



5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.



6 . Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wani ta. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.



Allah Tuhanku, Muhammad Nabiku, Islam Agamaku, Al-Quran Imamku, Kaabah Kiblatku, Solat Kewajipanku, Sekelian Muslimin Saudaraku dan Ibrahim Al-Khalil Datukku. Aku hidup dan mati atas kalimah 'LAA ILAHA ILLALLAH'

Tuesday, September 6, 2011

I love Mathematic...

how intelligent this calculation. Follow the steps:


1: + 18 to your birth month
2: x by 25
3: - 333
4: x by 8
5: - 554
6: / 2
7: + your birth date
8: x by 5
9: + 692
10: x by 20
11: + only the last two digits of your birth year
12: - 32940 to get your birthday!

segalanya baru

Hari ini bukan hari pertama aku di unit baru. Hari ini hari kedua untuk permulaan yang lebih baik dari sebelum ini. Alhamdulillah aku sudah berada di unit yang baru. Mungkin ada hikmahnya..

Perkenalan dengan cara kerja yang baru, staf yang baru, boss baru, suasana baru, jalan pegi kerja yang baru, pemandangan yang baru. Syukur kerana dikurniakan umur untuk menikmati segala perubahan yang baru ini.

Langkah seterusnya untuk memastikan kehidupanku, keluargaku sejahtera, harmoni......untuk mencapai tahap kehidupan yang seterusnya...

p/s: apa yang sangat diinginkan dalam hidup ini???

Wednesday, August 24, 2011

hari raya

Selamat Hari Raya diucapkan kepada umat Islam yang berada di Malaysia terutamanya. Berhati-hati ketika memandu, beringat-ingat ketika makan di musim perayaan ni. Jangan ade yang masok spital dihari raya kedua.. Kepada yang membaca, sila pastikan kediaman berada dalam keadaan selamat sebelum ditinggalkan. kepada rakan-rakan, Sila lah datang kerumah aku untuk beraya.. Tiada rumah terbuka, tetapi rumah sentiasa terbuka untuk tetamu yang membawa seribu satu rahmat kepada kami sekeluarga.

Selamat Hari Raya. Selamat Menyambut Kemerdekaan

kesihatan

from today's onward... mood aku adalah untuk menjaga kesihatan...

Terima kasih

Thursday, August 4, 2011

ramadhan

salam ramadhan kepada semua,

Hari ni hari ke4 berpuasa. alhamdulillah semua berjalan lancar. bulan ni merupakan bulan yang penuh keberkatan. Begitu juga lam hidup aku dianugerahkan rezeki yang tak dijangka. Alhamdulillah.

Memamng betol la, rezeki itu kebanyakannya datang dari perniagaan. so, aku dengan beraninya memulakan sedikit perniagaan. Alhamdulillah mendapat sambutan. Ini setelah sekian lama aku berhenti daripada dunia perniagaan.

Teringat masa sekolah rendah, mak ajar aku niaga mase bulan pose nih.. aku niaga air soya. dapat bli baju raye sendiri tu.. sronok tol.. time tak sronok mase hari ujan.. totally tak laku air aku.. mak kate, org niaga memang camtu.. tak la selalu untung je...

Mase mak jual kuih, aku pun tolong gak... tolong anto kat kedai.. hari2 kul6 pagi aku mesti dah kuar umah anto kuih. terus la pegi sekolah... Penah mase kat sekolah aku bawak bekal kuih yang mak aku jual. Classmate aku tempah sampai 60 biji karipap & donat.. mak marah sebab tu sekolah.. lagipun berat nak bawak nanti.. nak bawak buku lagi.. mase aku dapat tempahan tu, mate dah bling....bling... je...

aku tekad nak berniaga tetapi bermula dengan kecil2an... sebab komitmen aku blum sepenuhnya untuk berniaga. kalau terus bermodal besar, risiko pun besar gak..

P/s: kegagalan hari ini adalah pelajaran untuk kejayaan besar pada masa akan datang.

Wednesday, July 27, 2011

kehendak vs keperluan

Dua perkara berikut saling berlawanan antara satu sama lain. Keperluan selalunya mnjadi perkara asas dalam meneruskan aktiviti kehidupan seharian. Berbanding dengan kehendak, selalunya kuantiti yang difikirkan adalah sedikit.

Jika disebut kehendak, boleh la disenaraikan sebagai contoh:
1. Kereta Sukan
2. Handfon Touch screen
3. rantai emas cam rantai lori
4. berbini 4...
5.
.
.
.
.
100. duit juta-juta lam akaun..

Jarang plak dengan orang yang kehendaknya:
1. Tak tinggal solat 5 waktu
2. tak tinggal puasa dengan sengaja
.
.
.

p/s: apabila kita mensyukuri nikmat yang diberikan, nescaya tidak timbul ketidakpuasan hati dengan apa yang telah dimiliki. Adakah aku hamba yang bersyukur?

mmmmmmm

Bila la aku dapat memilikimu.....






!!! SPEEDY INQUIRY FOR YOUR BUSINESS !!!

Wednesday, February 16, 2011

pecah ruyung

Orang tua cakap, 'kalau tak pecahkan ruyung, manakan dapat sagunya'.
ungkapan itu bermain2 diminda. macam mana nak pecahkan ruyung dalam diri ni supaya dapat berubah kepada yang lebih baik, dapat berbakti kepada ibubapa, agama, dan bangsa sendiri..

contoh paling senang, camne nak dapat macam dalam gambar kat atas tu?????

Monday, February 14, 2011

hari ini...

Hari in hari isnin.. Nak jugak post something..

  • Rase hari xbape best sangat.
  • budak praktikal masuk
  • staf tak ramai keje
  • kete jangan buat hal..(tolonglah)
rerase: macam mane kalau ade kilang cop duit sendiri???

Monday, February 7, 2011

Claim

apabila kita melakukan kerja menggunakan wang saku sendiri, sememanglah kite boleh claim semula dengan syarikat yang dikatakan besar gak la...

setakat ni, kereta yang aku pakai menggunakan minyak petrol, tayar, minyak hitam, dan segala keperluan la untuk menggerakkannya.

tapi yang membuatkan aku hangin satu badan, segala claim yang berkaitan tak di approve langsung.. abis kete aku tu kene gune air longkang ke? nak gerak gune ape lak? tak payah pakai tayar ke? kene pakai rim je ke?

aku buat calim pun bukan la semua pun.. aku pilih2 gak. aku tak berkira langsung. kira lebih kurang la kan.

tapi kali ni memang dah tak boleh lebih kurang lagi la. sume nak kene straight forward. jangan claim dari tangga rumah ke ofis. jangan gune kete sendiri untuk kemana. jangan gune laptop sendiri yang hampri corrupt Windowsnye......


p/s: Kalau buaya makan besar2 tak pe.. tapi kalau anak bilis baru makan lebih dah kene muntahkan semula...

buat baik berpada-pada... claim jangan sampai lebih.

CNY

Hepi Chinese New Year untuk org cina sume... emmmm.. cuti kali ni buat family gathering kat umah nenek. tapi ade gak yang tak dapat hadir.. memane yang ade tu pun dah kire ok gak.
tentatif:

1. Cukur jambul Muhammad Emmir Danish
2. Sambutan besday mak ngan ayah
3. Family planning (Trip utk akan datang)

bestnyeeee.................

p/s: dapat kumpul sume2 lagi best. konvoi macam dulu2...