Search This Blog

Wednesday, November 30, 2011

New model

Salah satu pengeluar terkemuka kereta dari Negeri Matahari terbit telah mengeluarkan model terbarunya.



GT 86 nama diberi.



p/s: lampu depannye macam........

emm.. sesape yang belum berkeluarga, boleh la 'angkat'..

Tuesday, November 29, 2011

Mentality

Perubahan ketara pembangunan sukan terutamanya dalam sukan bola sepak boleh di lihat dari sudut penyokongnya. Kat Malaysia jika diperhatikan, penonton sudah beralih seperti seorang yang profesional menerima kemenangan dan kekalahan pasukan sokongan mereka..

Agaknya beginilah mentaliti penyokong selain daripada pemain yang bertaraf dunia. Impaknya sangatlah besar. minda yang positif akan menghasilkan keputusan yang positif tanpa kita sedari.

Aku mengikuti perkembangan pasukan kebangsaan dikala ternampaknya kemajuan didalamnya. Dulu mungkin aku tak berapa endah sangat, tetapi disebabkan impak ini, mungkin nama setiap pemain akan meniti dibibir peminat bolasepak tempatan. Kredit untuk mereka-mereka yang terlibat dalam pembangunan sukan negara amnya dan khususnya dalam sukan bolasepak.

p/s: teamwork tu sangat penting terutama dalam sukan yang melibatkan penglibatan semua ahli di dalamnya. Tapi bukan sukan je, keje pun macam tu gak. Agak-agak boleh ke aku jadi Coach suatu hari nanti?

Thursday, November 24, 2011

Dugaan

Sekarang berada dalam musim tengkujuh.. Berita telah melaporkan mengenai kejadian banjir yang lazimnya berlaku pada musim2 begini.

Di tambah-tambah dengan cuti sekolah, dah tentu bebudak ni suke sgt maen air bah ni.. diorang ni bukan pikir baek buruknye.. Dah dilaporkan pun adanya kematian daripada banjir..

Kepada para ibubapa sentiasalah awasi anak-anak buakn sahaja ancaman kepada kegiatan tidak bermoral, tetapi dengan bahaya bencana alam yang melanda negara sekarang ni.


p/s: banjir besar yang lepas, aku masih belajar. sronok gak bawak moto lam banjir. tapi bile tengok air kemain laju, adalah lebih baik aku dok umah je la...

Wednesday, November 23, 2011

GOLD for HM

Tahniah diucapkan kepada skuad Harimau Malaya. Walaupun delay 2 hari aku postkan, tapi tetap merasakan dan bangga kepada skuad berkenaan.

Taraf bolasepak negara semakin menaik selepas menjuarai piala Suzuki, diikuti 'adiknya' memenangi emas Sukan Sea. Malam ni untuk kelayakan Olimpik pulak.

Aku ni macam biasa la sebagai penyokong tegar Harimau Malaya. Mesti tengok diorang main walaupun bukan di stadium.

p/s: pembangunan sukan bolasepak negara telah menampakkan sedikit hasil. Tahniah kepada yang berkenaan & Keep it up.

Thursday, November 10, 2011

Sea Games

Tahniah kepada skuad Harimau Muda yang telah berjaya membuktikan kemampuan mereka dalam game bolasepak semalam.

Jika diperhatikan corak permainan menarik dan masih boleh diperbaiki bagi memperingkatkan lagi kualiti permainan mereka.

Pertahanan yang boleh dibanggakan dalam menyekat asakan lawan mampu memberi rangsangan dibarisan hadapan untuk mencipta gol. ada beberapa pemain pertahanan negara yang boleh digilapkan lagi kilauannya.

Gugup, mungkin itu yang boleh diberikan pada awal permainan. Tetapi apabila melihat para pemain sedang rancak dlaam 'tempo' mereka, berasa seronok dan bangga. Mungkin ini atau mungkin lebih lagi mereka boleh tonjol kan.

p/s: yang lepas tengok skuad harimau malaya menang juara AFF Suzuki, adakah harimau muda sudah tumbuh taringnya? Actually we proud of you Young Tiger.

Thursday, November 3, 2011

Salam AidilAdha

3 hari lagi nak menyambut Aidiladha. Raya tahun ni mungkn yamendapat hin akan balik ke kampung halaman org rumah sebab. Di samping menyambut raya qurban, ada sanak saudara yang masih belum bermesra dengan hero aku ni..

bila tengok dekat tv, mereka-mereka yang terpilih jadi tetamu Allah, alangkah bahagianya rasa. adakah aku berpeluang @ berkesempatan untuk menjadi tetamu istimewa Allah satu hari nanti?

kepada para jemaah yang pergi kesana, didoakan supaya mendapat haji yang mabrur, selamat pergi dan kembali kepangkuan keluarga tercinta.

Diucapkan juga selamat menyambut Aidiladha kepada pembaca sekalian. Disamping melakukan ibadah Qurban, sentiasa bermuhasabah diri untuk menjadi insan yang terbaik seperti yang dikehendaki agama.

p/s: Tahun ni tak dapat join memana Qurban kerana keadaan tidak mengizinkan. Insyaallah tahun hadapan dan seterusnya akanku kuakan diri untuk melakukannya.

Wednesday, November 2, 2011

kpi vs customer satisfaction

kalu ditengok pada tajuk, merujuk kepada mereka yang bekerja memberi perkhidmatan kepada pelanggan. Situasi ayang man berlaku kepada diri aku sekarang ini, tersepit diantara dua elemen yang dapat membantu memajukan syarikat (bukan bapak aku punya).

Majoriti boleh dikatakan terlalu taksub dengan KPI yang disediakannya sendiri, takut-takut kalau:

- takde bonus untuk tahun bekerja
- dapat ranking teruk kalau tak capai
- malu di tahap bawah.

Adakah mitos ini dapat menjadi pemangkin sesebuah negara itu maju?

Aku selalu berdepan dengan para pelanggan yang sememangnya 'membayar' gaji untuk keseluruhan pekerja syarikat. Biasanya aku meletakkan diri aku sebagai pelanggan itu sendiri bagi merasai tahap perkhidmatan yang diterimanya. Menjadi persoalannnya, adakah KPI boleh dicapai tetapi hakikatnya pelanggan sedikit pun tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan?

p/s: kalau kita nak jadi negara maju, 'entiti' @ pemain industri perlulah berfikir secara negara maju. perkhidmatan yang diberikan perlulah seperti negara maju.

Seperti pepatah "melepaskan batuk ditangga". Lu ada AKAL, Lu pikirla sendiri...