Search This Blog

Tuesday, October 25, 2011

HurMMmm

Lama dah berehat daripada menge post kat blog.. Actually bukannya rehat tapi rutin harian yang tak membenarkan berbuat demikian.

Kali ni nak cakap pasal respect.. Senang cerita, kalau nak di respect, perlulah merespect orang dulu.

Ditujukan pada individu yang berkenaan, pada yang masih muda macam aku, pada mereka yang senior jugak..

Orang muda disarankan supaya menghormati orang yang lebih tua dan orang tua menyayangi yang lebih muda. Tetapi kadanag-kadang kesempatan diambil oleh individu tidak bertanggung jawab bagi memastikan kepuasan hatinya tercapai.

Bagaimana jika majikan kurang rasa hormat kepada pekerjanya.. Aku tak pasti dan aku tak tahu apa jawannya. Mungkin pengalaman yang bakal aku dapat dapat mengajar aku untuk menjadi pemimpin yang lebih baik nanti..

p/s: Terima kasih...........
pada siapa?

Tuesday, October 18, 2011

product of malaysia

Hari ni aku terpanggil lagi nal mencoretkan sesuatu ketidakpuashatian aku terhadap penyedia perkhidmatan yang mehubungkan aku dengan produk Malaysia.

Macam2 produk dari Malaysia sekarang dari makanan hinggalah kenderaan. OK now i wanna talk about vehicle.

Ade la someone nak beli kereta baru buatan Negara tercinta ni. Aku ni kira macam penasihat la sebab yang nak beli pun orang yang rapat dengan aku. Pada awal pemilihan/ penerangan mengenai kenderaan memang smooth. tak de masalah pun. Maklum la, kereta baru kan.

2 minggu menunggu pinjaman kenderaan dan akhirnya tibalah minggu yang di tunggu.

Semalam 17/10/2011- Salesman ada informkan yang kereta semua dah siap cuma tinggal nak sain loan je.
Hari ni 18/10/20111- percakapan dah bertukar. warna yang dikehendaki takde. dengan alasan kereta kena pecah... Kalau nak ambil minggu ni gak, ambil color lain.

Ingat aku ni tak tahu ape2 ke.. Nak tipu macam ayam2 je aku ni. nak tipu biarlah pro ckit..

Aku tau, ko tu takde sales kan. nak abiskan stok yang ada, sanggup offer color lain. nampak macam remeh je kan. tapi tu la attitude yang ditunjukkan salah seorang salesman produk kenderaan Negara kesayangnku ini. sangat memalukan.

Entah ape lagi la pengguna kena kelepet dengan individu murahan ni.

p/s: kerajaan beria-ia suruh rakyatnya menggunakan barangan tempatan. tapi individu seperti ini lah yang merosakkan semagat rakyat itu sendiri. Hanya untuk kepentingan sendiri.

SEKARANG MANA LAGI PENTING??? KPI ATAUPUN KEPUASAN PELANGGAN YANG AKAN MENGUGAT KPI ITU SENDIRI AKHIRYA.


PADAN LAH MUKA..

Daily activity

Setiap hari balik ke rumah pasti aku tak sabar2 untuk 'menerkam' anak kecilku. Walaupun aku penat kerja tapi itu menjadi penawar melepaskan penat.

Jika dibandingkan masa bujang2 dulu, aku pun bukan la selalu lepak tak tentu hala sampai larut malam. Hanya sekadar melepaskan boring. Kalau tak de kerja pun, duduk je la kat bilik sewa tu samapi tertido smbil online.

Bila dah kawen, komitmen sedikit meningkat. Orang rumahku juga bekerja bagi menyokong kewangan kami.
Bila dah dapat anak, komitmen lagi bertambah. Tapi betullah setiap anak yang lahir tu ada rezkinya. Memang tak disangka2 pun rezki itu datang. Alhamdulillah.

Bangun pagi > Urus diri> Solat> pergi kerja> balik kerja> Urusan rumah> main dgn Anak> Anak tido> sambung kerja (kalau ada)> main dengan anak lagi> sama2 tertido> Bangun pagi.

Begitulah cycle hidup aku seharian diwaktu hari2 bekerja. Kalau hari cuti tu bertambah la sedikit aktiviti aku.

p/s: Bila bemain dengan anak, terfikir agaknya dulu-dulu bapak aku pun macam ni la rasanya.
I'll try to be and wanna be the father in the world for my childs.

Friday, October 14, 2011

urgent vs sunday drive

Pepagi bute aku dah nak marah. Tak elok sebenarnya memarah pepagi. tertutup lak pintu rezeki.

Nak dijadikan cerita, aku ni nak cepat ke satu tempat. Kalau lambat kan, Makin jem jalan, pastu parking lak tak dapat. tapi ade satu kete ni dengan selamba memandu dengan sunday drivenye.. Belum pun hari ahad lagi. nak bersiar-siar sila ikut lorong yang disediakan. Tak pun kalau nak lagi slow, sila jalan kaki. no one angry with you.

Aku ni tak nak la memain lampu cam polis, cam ambulan tu. So terpaksa la aku potong kiri.

Aku banyak perhatikan kalau jalan tu ade 2 lorong, lorong kiri adalah lorong perlahan. Then kalu ade 3 lorong, lorong tengah adalah lorong perlahan. memang begitu ke???

Secara tidak sengaja aku pernah dipotong kiri dan kanan dek kerana mereka sedang berlumba. aku memandu di lorong paling kiri di lebuhraya 3 lorong . Lorong kecemasan jadi lorong memotong.
Ketika berlumba, semua lorong adalah lorong laju...

p/s: Memandu laju biar mengikut peraturan dan berhemah. Jangan menyusahkan pemandu lain.
Andaikan korang tengah memandu dengan kelajuan 110 km/j, tetibe timing belt putus @ tayar pecah @ berlaku sesuatu diluar kawalan kita.
Aku pernah kena camtu... So berhati-hati la.. beringat sebelum kena.. perlahankan kenderaan sebelum anda di saman.

Wednesday, October 12, 2011

Under Estimated

Under Estimated.. apa yang boleh difikirkan mengenainya?
Disentuh aplikasinya dalam kerja dan keehidupan seharian, adalah tidak relevan jika kita melakukan perkara berkenaan terhadap persekitaran sama ada manusia, binatang mahupun alam.

Aku pernah kene di Under Estimatedkan oleh pihak tertentu kerana mungkin aku:

i) Tak cukup ilmu
ii) Tiada pengalaman yang berkenaan.

Tapi jangan la sampai letak pemandangan tu terlalu rendah. Aku lagi suka orang under estimated kerana tidak langsung memberi tekanan pada aku walaupun aku lebih tahu daripada apa yang mereka-mereka tu tahu.

Marah, maki tu pernah aku kene. tapi aku takkan benarkan orang buat kat aku lebih dari dua kali.

bermula dengan 'zero' hingga aku tahu mengenai sesuatu. tetapi tetap under estimated aku. aku akan kumpul kan segala maklumat dan bersedialah mereka-mereka menerima jawapan atas alasan under estimated tu.

Apa komen saudara?

p/s:
i) Buanglah keegoan tu jauh2. tak bawak kemana-mana pun. Hidup atas dunia ni pun menumpang, meminjam shj.
ii) Aku paling tak suka orang berkroni.

Monday, October 10, 2011

dare to Fail

Adakah aku sengaja menunggu masa itu berubah? Atau aku dah selesa dengan keadaan sekarang?

Tak tau ape nak tulis sebenarnya. ape yang ditaip, itulah yang terkeluar dari benak ini.

Terlihat seorang anak muda yang sedang berniaga barangan runcit. Tak kelihatan sesape yang boleh dikenali sebagai tokey kedai, hanay anak muda ini je yang ada. Mungkin dialah Tokey kedai berkenaan.

Bukan nak highlight ape2... Cume suka melihat keadaan dimana ramai orang berpusu mencari barang keperluan masing2 dikedai berkenaan. Pernah seseorang bagitau aku, "Nanti sampai masa, duit tu yang datang sendiri cari kau". amat bertepatan lah kata2 tu.

So, am i dare to fail in order to be like a successful person?????

p/s: Jangan sampai diri jadi hamba duit. Duit bukan segalanya. Duit sebgai keperluan.

Pagi yang gelap

belum pun pukul 10.00 pagi, langit dah gelap semula.. Hujan lebatnya...

Hari ini aku melangkah seperti biasa ke tempat kerja. Cuma yang lain ckit hari ni, aku dapat main ngan anak sebelum gerak tadi. pepagi bute anak aku da bangun. sibuk aku nak mandi, sibuk nak ikut mandi gak.

Selesai solat subuh, macam bese la, ajak aku main. Melayan budak setahun besela, dengan berguling-guling kat katil. yang dah tua bangka pun buleh jadi budak kecik.

p/s: semalam dapat beli barang untuk decorate dapur. maybe next month untuk lightning meja makan pulak.

Friday, October 7, 2011

belanjawan

Hari ni adalah hari belanjawan negara.. Nak jugak dengar ape yang PM nak bentangkan petang ni.

Dalam family pun mesti ade belanjawan gak. tapi tak la sampai kat parlimen. Stakat kat katil sudah la huhuuu...

Belanjawan 2012 Ruffluv melibatkan:

1) Rumah
2) Kereta
3) Ahli Isi rumah...

p/s: Sentiasa cuba mengator belanjawan keluarga dengan betul supaya dapat dicontohi Oleh anak2 nanti..

Thursday, October 6, 2011

Negara Pertanian-> Negara Membangun-> Negara Maju

Melihat keadaan sekarang menerusi berita dan sedikit pembacaan, tetibe aku terfikirkan apa yang kerajaan cuba buat untuk rakyatnya...Tengok tajuk pun dah tau. PM bagitau yang kita ni menuju kearah negara maju. Macam-macam yang dilakukan la. Paling mencuri tumpuan pasal gaji minimum... emmm let them settle first, we just follow the rules..

Berbalik kepada negara maju... Aku terfikir kenapa la takde keretapi TGV macam kat France tu kat Malaysia ni.. Bullet train macam kat Jepun tu.. Kenapa la kita asik combine/ jointventure bile nak buat kereta, kenapala kecanggihan teknologi mesti ada di luar negara dulu then baru la Malaysia dapat.

Bila diimbas balik, kapal terbang yang ideanya datang dari adik beradik Wright tu, bukan la macam Airbus yang ade sekarang ni kan. Kelajuan kereta dulu tak la sepantas Bugatti Veron kan.. 

Macam tu la nak analoginya. perlu la ada idea awal. Barula ada penambahbaikan seiring dengan teknologi semasa. Bayangkan aku ni guna hp 3310 pada sambutan Merdeka tahun 1957 tu. konfom aku ada atas pentas. Entah apa anugerah yang aku dapat. Pereka 3310 lagi macam-macam dapatnya..

Jika 'godek' Internet/akhbar, mesti ada inovasi yang hendak dilakukan. Persoalannya sekarang, adakah mentaliti rakyat sudah bersedia untuk masuk kealam negara maju?

Fikirkan benda yang remeh je la... Andaikan kita tengah berjalan disatu kakilima, tetibe kita ternampak secebis kertas@sampah. Mampukah kita untuk ambil cebisan tu masukkan ke dalam tong sampah? aku pun tanya diri aku gak. Mampukah aku tidak buang sampah merata-rata?

Sesama la kite pikirkan ye...

p/s: Bersyukur dengan keamanan yang ada sekarang ni. Nak kuar rumah tak perlu risau. Semoga kemajuan yang dibawa nanti berintikan keamanan dan keharmonian rakyatnya..

Wednesday, October 5, 2011

great....

Alhamdulillah aku dapat lagi meneruskan hidup untuk menanggung ank bini.. Pepagi dapat motivasi daripada sedikit bacaan. "Janganlah terlalu angkuh hidup di dunia ini, nescaya balasan Allah lebih berat".

Jika difikirkan secara logiknya, memang dapat di terima akal.. Kita ni hidup menumpang je atas bumi bertuah ni. bukan kita punya pun. kita hanyalah "pelakon" yang melakonkan watak masing2 atas muka bumi ni.. sama ada watak jahat @ baik, itu diri sendiri yang pilih.
Andainya ada orang luar yang datang ke rumah, kemudian orang terbabit menggunakan barangan dalam rumah tu sesuka hati, dah tentu kita pun marah kan. itu analoginya.. pikirlah sendiri.

p/s: Tuhan bagi akal yang begitu hebat, so pikirkanlah perkara yang hebat2 tentang ciptaanNya/ kekuasaanNya.
berpesan untuk diri sendir dan pada yang tengah baca sekarang ni.

Tuesday, October 4, 2011

Syukur

Alhamdulillah Syukur kerana anak dah recover.. dah start main hingga lewat malam samapi mak bapaknye tak larat... dan akhirnya beliau tertido sendiri..huhuuu..

Janji aku dengan anak mesti dilaksanakan.. Macam paham je masa aku cakap nak belikan baju baru kalau dah sihat.. senyum je...

p/s: Ya Allah, Bantulah aku mendidik amanahMu ini sebaik-baiknya

Monday, October 3, 2011

kembali...

kembali setelah seminggu sibuk dengan tugasan, training....etc...

Oh tetibe anakku demam.. Demam yang agak pelik... kejap panas, kejap sejok..

Bila panas..melepek je...sian pulak aku tengok..
Bila dah ok ckit, bukan main aktif...

p/s: Ujian sebagai seorang ayah... Tahan telinga bila anak merengek.. agaknya, mase kecik2 dulu macam tu la aku.. Entah2 lagi teruk.. huhuhuu.. Semoga Tuhan beri aku ketabahan, kekuatan pada aku untuk hadapi. Semoga anakku cepat sembuh... AMINNN.... boleh ayah beli baju baru lagi nanti....