Search This Blog

Tuesday, October 18, 2011

Daily activity

Setiap hari balik ke rumah pasti aku tak sabar2 untuk 'menerkam' anak kecilku. Walaupun aku penat kerja tapi itu menjadi penawar melepaskan penat.

Jika dibandingkan masa bujang2 dulu, aku pun bukan la selalu lepak tak tentu hala sampai larut malam. Hanya sekadar melepaskan boring. Kalau tak de kerja pun, duduk je la kat bilik sewa tu samapi tertido smbil online.

Bila dah kawen, komitmen sedikit meningkat. Orang rumahku juga bekerja bagi menyokong kewangan kami.
Bila dah dapat anak, komitmen lagi bertambah. Tapi betullah setiap anak yang lahir tu ada rezkinya. Memang tak disangka2 pun rezki itu datang. Alhamdulillah.

Bangun pagi > Urus diri> Solat> pergi kerja> balik kerja> Urusan rumah> main dgn Anak> Anak tido> sambung kerja (kalau ada)> main dengan anak lagi> sama2 tertido> Bangun pagi.

Begitulah cycle hidup aku seharian diwaktu hari2 bekerja. Kalau hari cuti tu bertambah la sedikit aktiviti aku.

p/s: Bila bemain dengan anak, terfikir agaknya dulu-dulu bapak aku pun macam ni la rasanya.
I'll try to be and wanna be the father in the world for my childs.

No comments:

Post a Comment